Showing posts with label perkongsian. Show all posts
Showing posts with label perkongsian. Show all posts

Wednesday, June 3, 2009

Perjuangan perlu diteruskan..

Melihat suasana masyarakat dari kampus dan terjun ke dalam masyarakat merupakan suatu yang berbeza. Pengalaman sebagai sebagai guru merupakan suatu pengalaman yang sangat berharga pada diri ini. Tanggal 29 mei 09, merupakan hari terakhir ana sbg guru.. rasa sedih, risau dan lega bercampur baur dalam diri. Rasa sedih meninggalkan rakan-rakan guru yang banyak membantu, risau untuk meninggalkan anak-anak didik yang dahagakan ilmu dan bimbingan dan rasa sedikit lega kerana terlepas satu amanah yang amat berat pada diri ini.

Biarlah hari semalam berlalu pergi, walaupun masih ada rasa sedih dalam diri, walau terasa payah, masa depan tetap perlu ditempuhi.. Diri ini perlu kuat meniti hari-hari pentarbiyyahan diri, yang mana pengakhirannya telah tersurat dalam kitab suci..akhirat yang abadi.. Semoga Allah beri kemudahan…

Ya Allah.. Berikanlah kekuatan pada diri ini. HambaMu ini langsung tiada daya tanpa qudrat dan iradatMu.. ameen


Friday, May 1, 2009

Bermula dari diri kita..

Setelah beberapa lama pena maya ana tidak mencoret sesuatu, tika ini diri ni suka untuk berkongsi sedikit pengalaman sebagai guru sekolah menengah dalam beberapa bulan ini. Suatu yang menyedihkan, fenomena kejahiliyyahan yang melanda remaja Islam begitu merisaukan hati ini. Lantaran rasa tanggungjawab sebagai muslim, walaupun bukan sebagai guru agama, perkara yang saban hari ana persoalkan pada setiap murid muslim tika masuk ke kelas.

“ Kamu solat cukup x 5 waktu setiap hari?” soalku. “Tak,cikgu”, Jawab seorang murid muslim tanpa segan silu. “kamu?”, soal ana pada pelajar yang lain. “Confirm tidak”, jawabnya.. Ana ajukan lagi persoalan tersebut kepada pelajar-pelajar lain, akhirnya jawapannya adalah, “tidak, tidak, tidak dan tidak”. Mendengar jawapan “ cukup cikgu” adalah satu kegembiraan dan kesyukuran yang tidak terhingga bagi diri ini.

“ Kamu tau x solat ni wajib?” , Solat apa yang kamu selalu tinggal? Soal ana. “saya solat maghrib je cikgu sebab sembahyang kat masjid”, Jawab seorang pelajar. “ saya selalu tinggal subuh sebab bangun lambat cikgu”, jawab pelajar lain. Saya dah lama x solat cikgu, saya muda lagi la cikgu, saya pun xtau bila saya nak bertaubat” Terang seorang pelajar lelaki. “ Cikgu!” Panggil seorang pelajar perempuan. “ Cikgu, kalau kita warna rambut solat x diterima kan cikgu? Saya baru tahu warnakan rambut tu haram cikgu. Jadi saya x solat la cikgu sebab apa guna solat kalau x diterima. Ramai budak perempuan sekolah ni yang warnakan rambut cikgu”, cerita seoarang pelajar perempuan sambil membuka sedikit belakang tudungnya menunjukkan rambutnya yang berwarna merah.

Budaya bertepuk tampar, berpegang sana sini dan couple antara pelajar lelaki dan perempuan bagai perkara biasa berlaku di depan mata. Setiap hari untuk mendepani anak bangsa dan seagama terasa bagai satu amanah yang amat-amat besar pada diri ini. Dalam 9 kelas yang ana ajar boleh dibilang dengan jari yang mengatakan mereka cukup solat 5 waktu setiap hari. Sehinggakan perkara asas dalam Islam seperti tidak boleh bercouple, tidak boleh warnakan rambut, tidak boleh berpegang sana sini antara bukan mahram bagai baru pertama kali didengari oleh mereka.

Namun bila semakin lama mendekati pelajar-pelajar ini, nyata menunjukkan mereka dahagakan bimbingan agama lantaran minat bereka untuk bertanya pelbagai soalan berkenaan hal-hal agama terutamanya mengenai hal hukum-hakam agama kepada ana. Berikutan itu ana sering menceritakan kisah-kisah teladan, kepentingan beramal cara hidup muslim dan sebagainya. Sehingga sampai suatu ketika mereka meminta-minta untuk ana menceritakan tentang hal agama dan memberi pengisian sesuatu kepada ana.

Sahabat-sahabat..Suatu perkara yang ana ingin tekankan di sini, adalah dalam suasana kebejatan akhlak dan sosial umat Islam pada masa kini kita perlu bertindak. Kita harus mendekati mereka dengan pelbagai kreativiti, ruang dan peluang yang kita ada. Jangan terus mengkum mereka dan kemudian menjauhi mereka. Sebenarnya ramai yang mahu bimbingan dari kita. Segalanya bergantung kepada kita untuk memulakannya.Wallahua’lam.

Ya ALLAH, beri kekuatan kepada diri kami untuk menegakkan Islam dalam diri dan di sekeliling kami. Ameen.

Wednesday, December 17, 2008

Kembara ilmu.. Al-muttaqin TV

salam perjuangan..

Firman Allah dalam surah Al-Mujadalah ayat 11 yang maksudnya;

"Allah mengangkat darjat orang-orang yang beriman dikalangan kamu dan juga yang menuntut ilmu, dan Sesungguhnya Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan."


Daripada Abu Darda', bawasanya beliau mendengar Rasulullah bersabda ''Sesiapa yang berjalan semata-mata kerana ingin menuntut ilmu, Allah akan permudahkan jalannya ke syurga dan Sesungguhnya para malaikat menguncupkan sayap-sayapnya kepada orang yang menuntut ilmu kerana meredhai apa yang dibuatnya, dan sesungguhnya seseorang yang mengajarkan kebaikan akan dimohon ampun oleh makhluk yang ada di langit mahupun di bumi hingga ikan yang berada didalam air.Sesungguhnya para nabi tidak mewariskan dinar (wang) tidak juga dirham, yang mereka wariskan hanyalah ilmu, dan barangsiapa yang menuntut ilmu itu. maka sesungguhnya dia telah mendapat bahgian yang paling banyak"

(hadis sahih, diriwayatkan oleh Ahmad, Abu Dawud, Attarmizi, Ibnu Majjah dan Ibnu Hibban)

Alhamdulillah syukur tidak terhingga kerana ana telah diperkenalkan dengan seorang sahabat dengan laman web Al-muttaqin TV ni.. mungkin ramai sahabat-sahabat yang dah tahu dan ana yang terlambat tahu tentang kewujudan laman web ni..

tetapi bagi yang belum tahu jom kita selalu-selalu mengisi diri kita dengan pengisian-pengisian, ceramah-ceramah dalam web ni.. ada banyak kuliah dan ceramah dlm lmn web ni yang diberi oleh penceramah2 dan ulama'-ulama' yang hebat2 belaka.. Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki, Al-Fadhil Ustaz Syauqi bin Ibrahim, Al-Fadhil Ustaz Firdaus bin Hat dan banyak lagi.. pengisian dia pula berkaitan fiqh, sirah, tafsir, hadith, haraki dan lain-lain.. sahabat-sahabat tengokla sendiri..
http://www.mymkkk.tv/

ana ada link kan laman web tu dalam blog ni---> kembara ilmu----> Al-muttaqin tv

::ilmu itu cahaya::

Saturday, December 13, 2008

Subhanallah..

Name of ALLAH is every where...

There are so many evidences now founded everywhere in this world of Allah's name. And it's a truth and prove what Allah The Most Gracious.

The Most Merciful said in The Quraan, "We will soon show them Our signs in the Universe and in their own souls, until it will become quite clear to them that it is the truth. Is it not sufficient as regards your Lord that He is a witness over all things?" [Al Quran, Surah Al Fusshilat : 53]

kalimah allah dari sarang lebah

kalimah allah pada awan

api berbentuk kalimah allah

Kalimah allah pada jari- ketika solat (duduk takhiyat)

kalimah allah pada sarang semut

ombak tsunami berbentuk kalimah allah

Akar pokok berbentuk kalimah allah (di UDM ganu)

Kalimah Allah pada pokok kaktus

Kalimah allah pada kulit buah

Kalimah Allah dalam buah terung

Kalimah Allah dalam buah tomato


see more at:

http://www.e-picworld.com/2007/07/name-of-allah-everywhere.html

Friday, December 12, 2008

KITA SEMUA SERUPA

Kita semua serupa

Manusia diciptakan dalam pelbagai rupa, warna kulit, bangsa, bahasa, keturunan, kerja, pangkat dan darjat. Manusia juga msing mempunyai taklifan tertentu dalam hidup mereka, sebagai ahli dalam keluarga, anak, ayah ibu, kawan, pekerja, pekerja islam, hamba dan dan lain-lain.. Dalam gerakan dakwah mungkin seseorang itu rasa terbeban bila mendapat taklifan sebagai pimpinan contohnya, atau seseorang itu memegang bayak post dalam organisasi lain.. atau pun memegang dia hanya ahli biasa yang memegang taklifan tertentu. Masing-masing mungkin terasa terbeban lantaran oleh amanah bereka. sebab memang amanah itu berat.

"Sesungguhnya KAMI telah menawarkan amanah kepada langitbumi dan gunung-gunung; tetapi mereka enggan untuk memikul amanah itu dan mereka huatir tidak akan melaksanakannya(berat), lalu dipikullah amanah itu oleh manusia. Sungguh, manusia itu sangat zalim dan sangat bodoh"- maksud ayat (Al-Ahzab: 72)

Tetapi bila kita fikirkan kembali hakikat taklifan manusia yang sebenarnya.. kita semua serupa..
Manusia diciptakan oleh ALLAH dengan 3 taklifan:

a) Khalifah

"Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat"aku hendak menjadikan khalifah di atas muka bumi"...- maksud ayat (Al-Baqarah:30)

Yang mana khalifah ditugaskan untuk " menegakkan agama dan mentadbir dunia dengan agama. Yang mana ramai manusia alpa tentang diri mereka sebagai khalifah.

b) Abid@hambaNYA
" AKU tidak menjadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepada-KU" -maksud ayat ( Az-zariyat:56)
Setiap manusia adalah hambaNYA yang mana ditugaskan untuk mengabdikan diri serta beribadah kepada yang MAHA ESA.


c) Imarah
Imarah yang mana tugasnya untuk mengimarah muka bumi ALLAh ini dengan segala nikmat dan ciptaan yang ALLAH kurniakan.. Semua ciptaan ALLAH ini perlu diimarahkan ke arah kebaikan untuk kepentingan semua manusia dan tanda syukur kita dengan nikmatnya. sebagai contoh batu-batan, kayu-kayan, galian-galiandan segala jenis ciptaanNYA di bumi. ini semua ini perlu diimarahkan dengan baik.

Maka..
Tidak kira apapun taklifan kita, sebagai pimpinan, sebagai ahli, sebagai anak, sebagai ibu, ketua keluarga, ketua negara, pekerja, pelajar dan sebagainya adalah hanya sebagai medium atau wahana atau wasilah untuk kita melaksanakan taklifan kita yang asas iaitu sebagai khalifah, abid dan imarah. samaada seseorang individu itu pimpinan atau ahli gerakan islam atau tidak kisah siapa pun diri ini taklifan itu hanya sebagai wasilah untuk melaksanakan 3 tugas mereka yang asas.. segala tugas atau gerakkerja yang kita lakukan perlu dilakukan ke arah untuk menyempurnakan 3 tugas kita tersebut.. KHALIFAH+ HAMBA+ IMARAH.. Jadi kita semua serupa tidak kisah lah siapa pun diri kita..

Selamat bermujahadah.. Selamat melaksanakan tugas masing-masing demi keredhaanNYA..

Thursday, December 11, 2008

Ujian tuhan.. suatu yang patut disyukuri..

Ah!! Aku dah penat dengan masalah ni!!! Nape aku mesti aku yang di uji!!!... aku dah x larat di uji!!! i’m fade up!!! DLL.. Pernahkah pernyataan tersebut terlintas di benak fikiran @ hati anda… muhasabah diri anda kembali jika ia pernah terjadi pada diri anda.


Setiap manusia akan diuji dan tiada seorang pun akan terlepas dari ujian dari yang Maha Esa. Ujian yang Allah turunkan itu mungkin merupakan bala sebagai balasan atas kemungkaran yang dlikakukan oleh manusia, mungkin juga sebagai ibtila' untuk menguji keimanan hambanya atau mungkin sebagai kifarah sebagai penghapus dosa...ujian itu mungkin dalam bentuk kesenangan atau kesusahan dalam bentuk ujian fizikal, mental, rohani, jasmani, hati dan sebagainya dan yang pastinya sesuai dengan kemampuan individu yang di uji. Dalam bentuk ketakutan, kesusahan, kemiskinan, kelaparan, penat, sakit, malas, senang, gembira, bahagia, sedih, keluarga, sahabat-sahabat, jodoh dan macam-macam lg.. yang pasti setiap orang pasti duji.

"Dan Kami pasti menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, dan buah-buahan. Dan sampaikanlah berita gembira pada orang yang sabar"- maksud ayat (Al-Baqarah :155).

Katakan pada diri bila dirimu di uji..

Aku tahu aku mampu.. " Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya."-maksud ayat (Al-Baqarah: 286)

Aku di uji untuk menguji keimananku.. "Apakah manusia mengira bahawa mereka dibiarkan sahaja mengatakan aku telah beriman sedangkan dia tidak diuji? Dan sesungguhnya KAMI telah menguji orang-orang sebelum kamu,maka sesungguhnya ALLAh mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya DIA mengetahui orang yang berdusta" - maksud ayat ( Al-ankabut: 2&3)

Maka Wahai Diriku...

Ingatlah ALLAH setiap masa dan ketika dalam apa jua keadaan.. Maka ingatlah kepada-KU, AKU pun akan mengingati kamu.."- maksud ayat( Al-Baqarah: 152)

mohonlah kemudahan dan kekuatan dariNYA.. Sesungguhnya manusia langsung tiada daya melainkan dengan izinNYA..La haula wala quwwata illa billah..

Maka hanya kepadaNYA tempat aku meminta dan menyembah.." Hanya kepadaMU aku menyembah dan hanya kepadaMU kami memohon pertolongan"- maksud ayat (Al-Fatehah:5)

Segala ujian itu datang dari ALLAH, maka mohonlah sentiasa dari allah..Untuk mengatasi ujian ini aku perlu lebih taqarrub kepadaNYA..banyakkan sabar dan solat serta munajat.. "Wahai orang-orang yang beriman! mohonlah pertolongan (kepada ALLAH) dengan sabar dan solat. sesungguhnya ALLAH bersama orang yang sabar"- maksud ayat ( Al-Baqarah:153)

Taqarrub billah..memang senang untuk diperkatakan, tapi berat untuk melaksanakan... "Dan mohonlah pertolongan (kepada ALLAH) dengan sabar dan solat. Dan (solat) itu berat, kecuali kepada orang-orang yang khusyuk " -maksud ayat ( Ak-Baqarah: 45).


Persoalannya...

Adakah kita perlu membiarkan segala ujian yang kita hadapi begitu sahaja tanpa peningkatan diri?

Adakah ia tidak merugikan diri?

Jika ALLAH tidak menciptakan ujian pada diriku, apakah keimanan aku akan tergilap?

Benarlah...
Ujian dan kesusahan yang menimpa diri ini ALLAH berikan untuk kebaikan diri ini.. jangan sesekali dikesali tetapi patut disyukuri..

"Dan sungguh, KAMI benar-benar akan mennguji kamu sehingga KAMI mengetahui orang - orang yang benar-benar berjihad dan bersabar di antara kamu; dan KAMI uji perihal kamu" -maksud ayat (Muhammad :31)

YA ALLAH GOLONGKAN KAMI DALAM GOLONGAN YANG BERSYUKUR.. GOLONGKAN KAMI DALAM GOLONGAN YANG YANG SABAR DALAM MENGHADAPI SEGALA UJIAN-MU.. TEGUHKAN DIRI KAMI DENGAN IMAN.. BERIKANLAH KEKUATAN DAN KEMUDAHAN UNTUK KAMI MENGHADAPINYA.. ameeen...