Tika kita melangkah dalam kancah perjuangan ini, telah kita nekadkan dalam hati ini bahawa diri ini akan ku waqafkan untuk Islam. Bahawa sesungguhnya solatku, amalanku, hidupku dan matiku hanya untuk Allah tuhan sekalian alam. Telah kita sematkan dalam hati kita bahawa jalan yang aku lalui ini adalah jambatan untukku ke syurga, setiap apa yang yang aku lakukan adalah saham dan pemberat timbangan di akhirat..

Namun, dalam kerancakan kita bergerak kerja, ada waktunya kita rasa kita gembira, kita telah berjaya mencapai objektif setiap rencana gerak kerja yang kita lakukan, kita telah melakukan puluhan gerak kerja dalam seminggu, kita telah berjaya melalui pelbagai mehnah dalam perjuangan..namun hati kita terasa kosong yang sepatutnya hati kita semakin terisi dengan khilawatuliman.. kita rase gembira bergelak ketawa bersama rakan tetapi kita tetap tidak berasa betul-betul kemanisan ukhwah fillah. ataupun kita tidak pernah sedar perkara ini sedang berlaku dalam diri kita dan kita tetap teruskan setiap perkara berlaku. Adakalanya segalanya boleh jadi sia-sia walaupun kita merasakan kita melakukannya atas dasar gerak kerja jemaah lantaran kelalaian tanpa sedar kita terhadap nawaitu yang sepatutnya kenapa kita melakukan perkara tersebut..

Maka, pada ketika ini kita perlu menilai kembali di mana diri ini, di mana kita letakkan diri kita ini dalam mengejar kebahagian abadi disyurga nanti. adakah benar-benar kita letakkan diri kita dengan nekad bahawa setiap perkara yang kita lakukan adalah demi Islam dan sebagai tiket mencapai redhaNYa. Adakah benar-benar kita tautkan setiap gerak kerja yang kita lakukan dengan Yang Maha Pencipta. Adakah benar-benar kita beri pergantungan sepenuhnya dalam melaksanakan setiap rencana yang kita buat kepada Yang Maha Berkuasa di atas segala sesuatu.. Sejauh mana kita tundukkan diri, meratip, bermunajat kita pada Yang Maha Berkehendak atas segala perkara ..

Alangkah ruginya jika segala usaha dan tungkus lumus kita dalam gerak kerja menjadi sia-sia, dan alangkah malangnya jika segalanya sedikit pun tidak dinilai Allah lantaran lupanya di mana kita meletakkan diri kita sebagai hambaNYA lantaran lalainya kita pada nawaitu yang sepatutnya.. walaupun kononnya kita telah membuat gerak kerja Islam.. fikirkan..

Alangkah ruginya jika segala usaha dan tungkus lumus kita dalam gerak kerja menjadi sia-sia, dan alangkah malangnya jika segalanya sedikit pun tidak dinilai Allah lantaran lupanya di mana kita meletakkan diri kita sebagai hambaNYA lantaran lalainya kita pada nawaitu yang sepatutnya.. walaupun kononnya kita telah membuat gerak kerja Islam.. fikirkan..
P/s: untuk adik-adik jgn terlalu banyak bergelak ketawa..
2 comments:
a漫卡通
h漫卡通
做愛影片
h漫卡通
裸聊視訊聊天
情色視訊聊天網
免費a片卡通影片
性感白領少婦
h漫卡通a漫卡通
豆豆聊天室
戴子郎投資學院
情色a片下載
賓館偷拍影片直播
自拍貼圖
北京賽車
通博娛樂評價
現金版是什麼
免費a片
Post a Comment