Wednesday, June 3, 2009

Perjuangan perlu diteruskan..

Melihat suasana masyarakat dari kampus dan terjun ke dalam masyarakat merupakan suatu yang berbeza. Pengalaman sebagai sebagai guru merupakan suatu pengalaman yang sangat berharga pada diri ini. Tanggal 29 mei 09, merupakan hari terakhir ana sbg guru.. rasa sedih, risau dan lega bercampur baur dalam diri. Rasa sedih meninggalkan rakan-rakan guru yang banyak membantu, risau untuk meninggalkan anak-anak didik yang dahagakan ilmu dan bimbingan dan rasa sedikit lega kerana terlepas satu amanah yang amat berat pada diri ini.

Biarlah hari semalam berlalu pergi, walaupun masih ada rasa sedih dalam diri, walau terasa payah, masa depan tetap perlu ditempuhi.. Diri ini perlu kuat meniti hari-hari pentarbiyyahan diri, yang mana pengakhirannya telah tersurat dalam kitab suci..akhirat yang abadi.. Semoga Allah beri kemudahan…

Ya Allah.. Berikanlah kekuatan pada diri ini. HambaMu ini langsung tiada daya tanpa qudrat dan iradatMu.. ameen


3 comments:

Nurul 'Uyun Binti Ahmad said...

salam housemate yang disayangi..

la tahzan, la tkhof, innallahma'ana
Dalam buku La tahzan ada dicatatkan 4 perkara yang mana bagi penulis, terdapat empat perkara yang membuat hidup menjadi sukar, perasaan menjadi tertekan dan dada sesak. Empat perkara yang dimaksudkan itu ialah:

1.Bersungut/berungut dan tidak menerima qada dan qadar Allah s.w.t.

2.Berbuat dosa dan tidak disertai taubat. Allah s.w.t berfirman yang bermaksud: “Maka ia adalah disebabkan apa-apa yang kamu lakukan (daripada perbuatan yang salah dan berdosa).”(Asy-Syura:30).

3.Iri hati kepada sesama manusia, muncul perasaan untuk membalas dendam kepada dan dengki atas anugerah yang Allah berikan kepada orang lain. Mereka lupa kepada firman Allah s.w.t dalam surah An-Nisa’ ayat 54 yang bermaksud: “Atau patutkah mereka dengki kepada manusia (Nabi Muhammad dan umatnya) disebabkan nikmat (pangkat Nabi dan agama Islam) yang telah diberikan oleh Allah kepada mereka daripada limpah kurnia-Nya.” Sebuah hadis Nabi s.a.w yang bermaksud: “Tidak akan merasa tenang orang yang berhasda dengki.”

4.Berpaling daripada mengingati Allah s.w.t. Firman Allah yang bermaksud: “Dan sesiapa yang berpaling ingkar daripada ingatan dan petunjuk-Ku, maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit.” (Taha:124).

Sama-sama kita mabil ibrah~

Syifa' Ismail said...

syukran atas perkongsianmu mak..

em.. betul, dalam mendepani ujian Allah risau kita lupa ia aturan qada' dan qadarNya..

bahaya sebenarnya, jika tersalah anggap dengan atau tidak redha dengan ujian Allah kn.. sbb percaya dgn qada' n qadar kn salah satu dari rukun iman.. dalam matematik iman 6-1: 0..


Ya Allah..cucuri lah kami dengan pancaran rahmatMu di sepanjang hidup kami.. golongkanlah kami dalam golongan yang beringat.. ameen

shahrin azam bin ismaon said...

Sekadar perkongsian skit,
"Megejar dunia ibarat mengejar tulang bersama anjing2 liar yang lain. Anjing itu saling menggigit dan bercakaran antara 1 sama lain utk mendapatkan tulang."
Ust Zulkifli-K.Dwn Ulama'