Friday, May 1, 2009

Bermula dari diri kita..

Setelah beberapa lama pena maya ana tidak mencoret sesuatu, tika ini diri ni suka untuk berkongsi sedikit pengalaman sebagai guru sekolah menengah dalam beberapa bulan ini. Suatu yang menyedihkan, fenomena kejahiliyyahan yang melanda remaja Islam begitu merisaukan hati ini. Lantaran rasa tanggungjawab sebagai muslim, walaupun bukan sebagai guru agama, perkara yang saban hari ana persoalkan pada setiap murid muslim tika masuk ke kelas.

“ Kamu solat cukup x 5 waktu setiap hari?” soalku. “Tak,cikgu”, Jawab seorang murid muslim tanpa segan silu. “kamu?”, soal ana pada pelajar yang lain. “Confirm tidak”, jawabnya.. Ana ajukan lagi persoalan tersebut kepada pelajar-pelajar lain, akhirnya jawapannya adalah, “tidak, tidak, tidak dan tidak”. Mendengar jawapan “ cukup cikgu” adalah satu kegembiraan dan kesyukuran yang tidak terhingga bagi diri ini.

“ Kamu tau x solat ni wajib?” , Solat apa yang kamu selalu tinggal? Soal ana. “saya solat maghrib je cikgu sebab sembahyang kat masjid”, Jawab seorang pelajar. “ saya selalu tinggal subuh sebab bangun lambat cikgu”, jawab pelajar lain. Saya dah lama x solat cikgu, saya muda lagi la cikgu, saya pun xtau bila saya nak bertaubat” Terang seorang pelajar lelaki. “ Cikgu!” Panggil seorang pelajar perempuan. “ Cikgu, kalau kita warna rambut solat x diterima kan cikgu? Saya baru tahu warnakan rambut tu haram cikgu. Jadi saya x solat la cikgu sebab apa guna solat kalau x diterima. Ramai budak perempuan sekolah ni yang warnakan rambut cikgu”, cerita seoarang pelajar perempuan sambil membuka sedikit belakang tudungnya menunjukkan rambutnya yang berwarna merah.

Budaya bertepuk tampar, berpegang sana sini dan couple antara pelajar lelaki dan perempuan bagai perkara biasa berlaku di depan mata. Setiap hari untuk mendepani anak bangsa dan seagama terasa bagai satu amanah yang amat-amat besar pada diri ini. Dalam 9 kelas yang ana ajar boleh dibilang dengan jari yang mengatakan mereka cukup solat 5 waktu setiap hari. Sehinggakan perkara asas dalam Islam seperti tidak boleh bercouple, tidak boleh warnakan rambut, tidak boleh berpegang sana sini antara bukan mahram bagai baru pertama kali didengari oleh mereka.

Namun bila semakin lama mendekati pelajar-pelajar ini, nyata menunjukkan mereka dahagakan bimbingan agama lantaran minat bereka untuk bertanya pelbagai soalan berkenaan hal-hal agama terutamanya mengenai hal hukum-hakam agama kepada ana. Berikutan itu ana sering menceritakan kisah-kisah teladan, kepentingan beramal cara hidup muslim dan sebagainya. Sehingga sampai suatu ketika mereka meminta-minta untuk ana menceritakan tentang hal agama dan memberi pengisian sesuatu kepada ana.

Sahabat-sahabat..Suatu perkara yang ana ingin tekankan di sini, adalah dalam suasana kebejatan akhlak dan sosial umat Islam pada masa kini kita perlu bertindak. Kita harus mendekati mereka dengan pelbagai kreativiti, ruang dan peluang yang kita ada. Jangan terus mengkum mereka dan kemudian menjauhi mereka. Sebenarnya ramai yang mahu bimbingan dari kita. Segalanya bergantung kepada kita untuk memulakannya.Wallahua’lam.

Ya ALLAH, beri kekuatan kepada diri kami untuk menegakkan Islam dalam diri dan di sekeliling kami. Ameen.

5 comments:

MJ (madam j) said...

cikgu..kawan sy buat jahat..tp sy x tau nk tegur dia cmne? cikgu tolong r sy..cedih.. :(

T_Mutiara said...

Sabarlah ye wahai cikgu2.
tugas guru bukan hanya mengajar semata-mata, tapi mendidik..mendidik itu yang perlukan kesabaran dan ketabahan hati. moga dirimu tergolong orng yang penuh keimanan dan kesabaran yang tinggi.jua buat diriku...

LegendZ said...

Beruntunglah para pendidik..peluang terbuka luas dan mudah..suap sahaja ke mulut anak-anak murid, mereka pasti akan menelannya dan mudah-mudahkan, apa yang di suapkan cikgu itu di 'laburkan' di rumah atau di kampung2..huuu...

Mulia sungguh tugas seorang pendidik..

Nurul 'Uyun Binti Ahmad said...

syifa', ksian kat budak2 tu ye... membentuk manusia ni ada 2 cara, satu dengan solat, satu dengan al-quran. ajak budak2 tu mulakan kelas dengan baca satu ayat al-quran.... insyaallah, lama2 tersentuhlah mereka dengan agama...sekadar pandangan

Syifa' Ismail said...

Alhamdulillah berakhir sudah contract ana as a teacher.. tiba masa u ana concentrate pd master.. Tugas sebagai sebagai guru memang sgt mencabardalam suasana anak muda masa kini yang semakin getir dewasa ini..
namun, ia memberi ruang yang luas kepada kita memberi cahaya kepada yang dahagakannya..
buat semua sababat2 yang bakal cikgu atau yang sudah menjadi guru.. tunaikanlah tanggungjawab antum sebaiknya u mendidik anak bangsa dan seagama, dari segi akademik dan pembinaan sahsiah generasi muda pada masa kini..