Wednesday, December 24, 2008

Our Way.. Our Destination..

Mungkin tika ini kita telah berada di jalan yang lurus, jalan perjuangan dalam menegakkan kalimah Allah... Namun, Adakah kita akan kekal di jalan ini?...

Di jalan yang nampak lurus ini ada mehnah dan tribulasi yang menunggu.. yang mana satu, satu dan satu kita akan temui dan hadapi.. Namun bagaimanapun, hidup perlu diteruskan.. kita tetap perlu melangkah ke hadapan walau apapun aral yang menanti..sebab kita ada destinasi yang perlu dituju..kita khalifah yang perlu mentadbir dunia ini dengan agama, demi keredhaanNYA..

Mungkin tika ini dengan jalan ini yang lurus ini, kita yakin kita tidak akan sesat dan tersimpang.. Namun hakikatnya segalanya tidak mustahil.. kita tetap boleh menyimpang tanpa sedar atau dalam sedar, sengaja atau tidak sengaja dan terjunam dalam gaung, sesat dan sebagainya.. segalanya adalah mungkin.. nauzubillah min dzalik...

Mengimbas kembali pengembaraan ana di rumah seorang sahabat seperjuangan beberapa hari yang lalu dengan beberapa orang sahabat..bercerita tentang perkembangan hidup sahabat2, kakak2 seperjuangan.. alhamdulillah ramai yang istiqamah namun xkurang juga yang ghuyub atau mungkin futur.. sedih... namun masa depan kita pun xpasti.. diri ini pun belum melangkah jauh di dunia realiti.. Ya Allah, berikanlah kekuatan pada diriku..

Ya Allah Tetapkanlah Diri Kami di JalanMu Hingga Akhir Hayat kami.. Ameen..


1 comment:

The Gatekeeper said...

salam..

kehidupan luar kampus mmg sgt menduga dan mencabar berbanding masih lg duduk di kampus..

setiap org pasti akan diuji..

doakan juga utk mereka yg senyap.. mereka tidaklah ghuyub mahupun futur, cuma mereka tercari2 rentak utk kembali beramal dlm amal islami.. think positive about them. insyaAllah mereka akan kembali..