Friday, December 12, 2008

Hidup Pejuang Ada Masa Terluang?


Seorang pejuang perlu merasakan ada masa terluang itu suatu kepelikan…akan buntu dengan masa terluang.. akan rasa tidak selesa dengan masa terluang tanpa pengisian bermakna untuk Islam..

Masa terluang begitu menguji diri.. betul? Adakala kita akan rasa terkesima dan kata-kata ini akan terlintas di hati.. eh.. tiada apa nak buat malam ni? tiada apa-apa2 aktiviti hujung minggu ni?.. pelik..pelik..pelik..memang pelik..

Peringatan untuk diri.. tiada masa harus dibazirkan demi Islam.. setiap masa begitu bermakna..jadikan setiap saat yang kita ada bermanfaat untuk Islam demi keredhaanNYA..semuanya bergantung pada diri kita untuk mengisinya..

Rasullulah s.a.w berpesan:Bersedialah
1. Masa hidup sebelum mati
2. Masa sihat sebelum sakit
3. Masa muda sebelum tua
4. Masa kaya sebelum miskin
5. Masa senang sebelum susah

Jangan biarkan masa terbuang begitu sahaja..


"Demi masa.Sesungguhnya manusia itu berada di dalam kerugian. Kecuali merka yang beriman dan beramal soleh serta berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan dengan kesabaran"- Surah Al-‘Asyr

pesanan untuk sahabat2:
Pastikan waktu cuti sem ni di isi dengan perkara berfaedah.

No comments: