Friday, December 12, 2008

KITA SEMUA SERUPA

Kita semua serupa

Manusia diciptakan dalam pelbagai rupa, warna kulit, bangsa, bahasa, keturunan, kerja, pangkat dan darjat. Manusia juga msing mempunyai taklifan tertentu dalam hidup mereka, sebagai ahli dalam keluarga, anak, ayah ibu, kawan, pekerja, pekerja islam, hamba dan dan lain-lain.. Dalam gerakan dakwah mungkin seseorang itu rasa terbeban bila mendapat taklifan sebagai pimpinan contohnya, atau seseorang itu memegang bayak post dalam organisasi lain.. atau pun memegang dia hanya ahli biasa yang memegang taklifan tertentu. Masing-masing mungkin terasa terbeban lantaran oleh amanah bereka. sebab memang amanah itu berat.

"Sesungguhnya KAMI telah menawarkan amanah kepada langitbumi dan gunung-gunung; tetapi mereka enggan untuk memikul amanah itu dan mereka huatir tidak akan melaksanakannya(berat), lalu dipikullah amanah itu oleh manusia. Sungguh, manusia itu sangat zalim dan sangat bodoh"- maksud ayat (Al-Ahzab: 72)

Tetapi bila kita fikirkan kembali hakikat taklifan manusia yang sebenarnya.. kita semua serupa..
Manusia diciptakan oleh ALLAH dengan 3 taklifan:

a) Khalifah

"Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat"aku hendak menjadikan khalifah di atas muka bumi"...- maksud ayat (Al-Baqarah:30)

Yang mana khalifah ditugaskan untuk " menegakkan agama dan mentadbir dunia dengan agama. Yang mana ramai manusia alpa tentang diri mereka sebagai khalifah.

b) Abid@hambaNYA
" AKU tidak menjadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepada-KU" -maksud ayat ( Az-zariyat:56)
Setiap manusia adalah hambaNYA yang mana ditugaskan untuk mengabdikan diri serta beribadah kepada yang MAHA ESA.


c) Imarah
Imarah yang mana tugasnya untuk mengimarah muka bumi ALLAh ini dengan segala nikmat dan ciptaan yang ALLAH kurniakan.. Semua ciptaan ALLAH ini perlu diimarahkan ke arah kebaikan untuk kepentingan semua manusia dan tanda syukur kita dengan nikmatnya. sebagai contoh batu-batan, kayu-kayan, galian-galiandan segala jenis ciptaanNYA di bumi. ini semua ini perlu diimarahkan dengan baik.

Maka..
Tidak kira apapun taklifan kita, sebagai pimpinan, sebagai ahli, sebagai anak, sebagai ibu, ketua keluarga, ketua negara, pekerja, pelajar dan sebagainya adalah hanya sebagai medium atau wahana atau wasilah untuk kita melaksanakan taklifan kita yang asas iaitu sebagai khalifah, abid dan imarah. samaada seseorang individu itu pimpinan atau ahli gerakan islam atau tidak kisah siapa pun diri ini taklifan itu hanya sebagai wasilah untuk melaksanakan 3 tugas mereka yang asas.. segala tugas atau gerakkerja yang kita lakukan perlu dilakukan ke arah untuk menyempurnakan 3 tugas kita tersebut.. KHALIFAH+ HAMBA+ IMARAH.. Jadi kita semua serupa tidak kisah lah siapa pun diri kita..

Selamat bermujahadah.. Selamat melaksanakan tugas masing-masing demi keredhaanNYA..

No comments: