Friday, February 6, 2009

TANGISAN DUNIA PERLU DIUBATI..Di mana kita?

Dunia hari ini menangis, hari demi hari umat manusia dalam pengembaraan menuju hari akhirat ini semakin bobrok perilaku dan akhlaknya. Ma’siat berlaku setiap detik dari masa ke semasa termasuk oleh insan yang namanya muslim walau di mana kita berada. Golongan muda khususnya semakin rosak dan bejat peribadinya di mana penzinaan, sumbang mahram sering berlaku sering berlaku. Jenayah kecurian, pembunuhan dan lain-lain lagi berlaku dengan berleluasa tanpa bendungan melibatkan umat Islam dan bukan Islam. Dan paling menyedihkan saban hari gejala tidak bermoral dan jenayah ini seperti sudah tidak pelik lagi di mata kita.

Implikasi dari perkara ini dunia bagai tidak aman dan selamat lagi untuk didiami lantaran sifat kebinatangan, kerakusan dan kerosakan di bawa umat manusia sendiri. Hak asas kehidupan manusia terancam. Nyawa, mental, harta dan keturunan umat manusia semakin terancam apatah lagi agama Islam, tidak lagi dijadikan cara hidup oleh sebahagian umat manusia termasuk umat Islam sendiri.

Justeru, apakah kita yang mengatakan diri kita Islam ini hanya mahu membiarkan perkara ini terus berlaku dengan pandangan sebelah mata? Tidak sama sekali tidak!

Hadis nabi. Maksudnya:

“Barang siapa yang tidur dan tidak menghiraukan urusan umat Islam, maka kamu bukan dari golongan mereka”

Sumber Hadis : Bab Saya mestilah Islam dari sudut keluarga”
Buku: Maza ya'ni intimaie bil Islam
Fathi Yakan

Justeru, umat Islam perlu bersatu di atas nama Islam untuk menyelamatkan umat Islam dan dunia secara umumnya bukan di atas dasar kejahiliyyahan seperti sekularisme, nasionalisme, sosialisme dan sebangainya. Kerana hanya Islam yang mampu memberi kesejahteraan dan menjaga kebajikan manusia. Undang-undang Islam perlu ditegakkan bagi menjaga kebajikan dunia iaitu 3 maqasid syar’ieyyah

1. Perkara Dhoruriyyat
Perkara yang tidak boleh tidak perlu ada)
(agama, nyawa, akal, harta dan keturunan)

2. Perkara Hajiyyat
keperluan asas kehidupan

(tempat tinggal, makanan dll)

3. Tahsiniyyat
Pelengkap

(kipas, kereta dan lain-lain)

Hanya hukum Islam sahaja yang boleh menjaga 3 perkara di atas khususnya 5 perkara dhoruri. Dengan terjaganya 5 perkara dhoruri akan terjagalah perkara hajiat dan perkara tahsiniyyat. Dengan tertegaknya Islam akan terjagalah agama, hukum-hukum dan undang-islam Islam digunakan, manusia menjauhi segala larangan ALLAH serta melakukan perkara yang ma’ruf. Apabila perkara ini berlaku terbendunglah segala masalah kerosakan akhlak, jenayah, kerosakan, rogol dan penyelewengan harta dan sebagainya kerana Allah melarang semua hambaNYA melakukan perkara keburukan di atas muka bumiNYA. Maka terjagalah kelima-lima perkara dhoruri tadi iaitu agama, nyawa, akal, harta dan keturunan serta selamatlah dunia.

Justifikasi dari perkara ini, kita umat islam perlu melaksanakan tugas kita sebagai khalifah iaitu menegakkan Islam dan mentadbir dunia dengan Islam bagi mengubat dunia dan menjaga kebajikan dunia. kita jadikan al-quran sebagai sumber perundangan kita. Kita perlu membina diri kita menjadi individu muslim, kemudian kita bina keluarga muslim, kita bina masyarakat muslim dan seterusnya kita perlu bersatu hati untuk membina daulah Islamiyyah yang menjalankan hukum-hukum Islam.

Ayuh Bangkit!! Kita bina kembali keagungan Islam seperti mana zaman keagungan Islam di zaman Rasullullah di Madinah, zaman pemerintahan khalifah-khalifah unggul seperti Harun Arrasyid, Sollahuddin Al-Ayubi dan lain.. Jangan biarkan ia hanya menjadi sejarah. Gambar madinah sekadar dijadikan hiasan dinding. Mari kita jadikan keagungan Islam kembali tertegak sebagai realiti. siapa lagi kalau bukan kita yang perlu membinanya..
Ayuh Syabab!! Allahu Akbar!!

Tuesday, February 3, 2009

SAQAFAH DAN MUWASOFAT NUQABA'

Penguasaan nuqaba' terhadap cabang ilmu yang menjadi latar belakang dakwah dan tarbiyyah merupakan satu perkara yang amat penting dan menjadi landasan utama kepercayaan anggota usrah terhadap naqib mereka.


Para nuqaba mesti mengetahui dan meyakini bahawa apabila saf pimpinan memberikan tanggungjawab kepada mereka untuk mengetuai usrah, hal itu merupakan satu kepercayaan yang besar. Oleh itu mereka hendaklah memiliki keyakinan diri dan tidak teragak-agak untuk melaksanakan tanggungjawab itu.

Untuk itu mereka mesti mempunyai kekuatan tsaqafah dan keperibadian. Mereka mesti tidak boleh dikalahkan oleh tekanan keilmuan yang cetek, lantaran mereka sebenarnya telah memiliki ilmu. Mereka mesti menyedari bahawa bidang pengajian dan takhassus mereka sebenarnya boleh diolah untuk manfaat usrah dan dakwah. Oleh itu, mereka hendaklah mempelajari kemahiran dan teknik memanfaatkan kepakaran dalam bidang pengajian untuk kepentingan dakwah mereka.

TSAQAFAH NUQABA'

Berikut disenaraikan beberapa rujukan bagi membantu mengatasi masalah ketidakyakinan kepada diri sendiri untuk mengendalikan usrah.

Al-Qur'an ... Naqib hendaklah tahu bacaan al-Qur'an yang betul. Mereka hendaklah mengetahui hukum tajwid yang minimum. Mereka sendiri hendaklah khatam al-Qur'an sekurang-kurangnya dua kali setahun.

Tafsir al-Qur'an ... Naqib hendaklah mengetahui asas penghantar kepada al-Qur'an. Mereka bolehlah merujuk kepada buku Kunci Mengenal al-Qur'an tulisan Zulkifli Hj.Yusoff.
Mereka juga perlu merujuk buku-buku tafsir yang lengkap huraiannya terhadap isi al- Qur'an. Buku yang dicadangkan ialah Tafsir Al-Azhar oleh Allahyarham Hamka atau buku Abr Al-Athir karangan Ustaz Ahmad Sonhadji.

Al-Hadith ...Setidak-tidaknya mempelajari kitab Hadith 40. Naqib perlu mengetahui maklumat yang minimum tentang pengantar kepada ilmu al-hadith. Buku yang boleh dirujuk ialah Pengantar Ulum al-Hadith oleh Dr. Subhi Salih. Cuba merujuk setiap hadith kepada setiap kitab muktabar seperti Sunan Sittah. Kebanyakan buku ini telah diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu dan juga bahasa Inggeris.

Sirah Nabawi ... Naqib dapat meujuk Fiqh As-Sirah oleh Said Ramadhan al-Buti atau Fiqh Harakah oleh Abdul Hadi Awang. Juga buku terbaru TG Niks Abdul Aziz tentang Rasulullah SAW.

Aqidah ... Elakkan diri daripada membincangkan aspek akidah seperti ilmu kalam dan falsafah secara mendalam. Sebaliknya firqah-firqah atau mazhab dalam Islam hendaklah mereka ketahui.
Mereka boleh membuat rujukan kepada buku Aqidah Islamiyyah oleh Sayyid Sabiq atau buku Muqaddimah Aqidah Mukmin oleh Abdul Hadi Awang dan siri kitab-kitab aqidah ( Beriman..) yang ditulis oleh beliau.

Fiqh ... Mengetahui asas tarikh perkembangan hukum dalam Islam dan juga pengantar kepada ilmu fiqh. Sejarah Pembinaan Hukum oleh Dr. Mahmood Zuhdi Abd Majid boleh dijadikan bacaan Secara berterusan mempelajari kitab-kitab fiqh yang muktabar.

Tazkirah dan tazkiyyah an nafs ... Boleh rujuk kepada siri buku karangan Nik Abdul Aziz Nik Mat seperti Tazkiyyah Jiwa dan Nafsu, Air Mata di Mahsyar dan Mati: Satu Peringatan. Juga kitab Bidayatul Hidayah ( al Ghazali ).

Pembacaan terhadap sumber-sumber fiqh harakah merangkumi fiqh dakwah, fiqh tarbiyyah dan fiqh jihad dan siyasah mestilah dilakukan oleh para nuqaba.

Secara berterusan para nuqaba mestilah juga membaca akhbar harakah dan juga perkembangan politik semasa dari blog-blog yang tsiqah.

Apa-apa yang dinyatakan di atas merupakan sumber minimum yang seharusnya dikuasai oleh para nuqaba' bagi melancarkan perjalanan usrah mereka. Pada masa yang sama, mereka hendaklah memiliki penguasaan dalam bidang ilmu dan alat yang lain seperti kenderaan dan ICT.

MUWASOFAT (CIRI-CIRI) NUQABA’

1. Mempunyai kadar minima tsaqafah nuqaba dan sentiasa mempertingkatkannya.

2. Memiliki keperibadian(syakhsiyyah) nuqaba' dan boleh menjadi qudwah yang baik.
- ibadah fardi
- akhlaq dan keterampilan
- public relationship (PR) yang baik
- interpersonal skill

3. Ada kemahiran tarbawiyah dan da'wiyyah:
- usul dan tarkiz tarbawiyyah
- usul dakwah
- isti'ab dakwah
- pengendalian usrah berkesan

4. Ada kemahiran qiyadiyyah.
- menguasai ahli dengan wahdatul fikr dan amal

5. Ada kemahiran jama'iyyah.
- amal jama’iy
- amal ijtima’iy

6. Ada kemahiran tanzimiyyah.
- pengurusan organisasi

Kelihatannya begitu sukar untuk mencari nuqaba’ yang memiliki ciri-ciri di atas. Namun itulah hakikat yang perlu dimengerti oleh mereka. Justeru itu, rekrumen nuqaba adalah satu ‘core business’ yang perlu diambil berat oleh jamaah.

Wallahu a’lam.

from abi (http://www.takwinfardilmuslim.blogspot.com/)

wahai diri..


Wahai diri..

Di mana dikau..

Kau kata kau hambaNya..

Seluruh hidupmu hanya untukNYA..

Segenap nafasmu hanya untuk ALLAH pencipta alam maya..


Wahai diri..

Kau tahu siapa dirimu..

Dikau khalifah..

Tugasmu untuk menegakkan agama..

Namun dimana dikau dikala Islam luncai ditangan kuffar dan dijiwa seagama dengan mu..


Wahai diri..

Kau kata kau pewaris penyampai risalah suci..

Namun dimana dikau dikala umat seagama bobrok depan mata

lalai lantaran penangan musuh..

Di mana dikau wahai diri..


Wahai diri..

Kau kata kau pejuang agama..

Setakat mana usahamu wahai diri..

Dimana usahamu wahai diri..

dimana…

jangan biar kata-kata mu berlalu bagai angin lalu..

tanpa sesuatu..


wahai diri..

kau perlu bangkit..

tunaikan amanahmu..


Liku kehidupan

Lama pena maya ini tidak melakar sesuatu.. jiwa ini sentiasa meronta sebenrnya untuk menulis sesuatu namun lantaran kekangan masa, kerja yang tiada berkesudahan aku tidak mampu.. ah!! alasan semata!!.. pepatah melayu ada menyebut “ seribu daya, taknak seribu dalih”.. muhasabah u diriku.. jika benar aku ingin melakukan sesuatu pasti aku dapat lakukannya jika aku benar-benar berazam.. semuanya bermula dari diriku.. kuncinya adalah diriku.. yang allah kurniakanlah kekuatan pada diri ini.. jadikanlah diri ini sentiasa istiqamah di jalanMU.. permudahkanlah urusanku untuk menyampaikan risalah dakwah MU.. amin..

Wednesday, December 24, 2008

Our Way.. Our Destination..

Mungkin tika ini kita telah berada di jalan yang lurus, jalan perjuangan dalam menegakkan kalimah Allah... Namun, Adakah kita akan kekal di jalan ini?...

Di jalan yang nampak lurus ini ada mehnah dan tribulasi yang menunggu.. yang mana satu, satu dan satu kita akan temui dan hadapi.. Namun bagaimanapun, hidup perlu diteruskan.. kita tetap perlu melangkah ke hadapan walau apapun aral yang menanti..sebab kita ada destinasi yang perlu dituju..kita khalifah yang perlu mentadbir dunia ini dengan agama, demi keredhaanNYA..

Mungkin tika ini dengan jalan ini yang lurus ini, kita yakin kita tidak akan sesat dan tersimpang.. Namun hakikatnya segalanya tidak mustahil.. kita tetap boleh menyimpang tanpa sedar atau dalam sedar, sengaja atau tidak sengaja dan terjunam dalam gaung, sesat dan sebagainya.. segalanya adalah mungkin.. nauzubillah min dzalik...

Mengimbas kembali pengembaraan ana di rumah seorang sahabat seperjuangan beberapa hari yang lalu dengan beberapa orang sahabat..bercerita tentang perkembangan hidup sahabat2, kakak2 seperjuangan.. alhamdulillah ramai yang istiqamah namun xkurang juga yang ghuyub atau mungkin futur.. sedih... namun masa depan kita pun xpasti.. diri ini pun belum melangkah jauh di dunia realiti.. Ya Allah, berikanlah kekuatan pada diriku..

Ya Allah Tetapkanlah Diri Kami di JalanMu Hingga Akhir Hayat kami.. Ameen..


Wednesday, December 17, 2008

Kembara ilmu.. Al-muttaqin TV

salam perjuangan..

Firman Allah dalam surah Al-Mujadalah ayat 11 yang maksudnya;

"Allah mengangkat darjat orang-orang yang beriman dikalangan kamu dan juga yang menuntut ilmu, dan Sesungguhnya Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan."


Daripada Abu Darda', bawasanya beliau mendengar Rasulullah bersabda ''Sesiapa yang berjalan semata-mata kerana ingin menuntut ilmu, Allah akan permudahkan jalannya ke syurga dan Sesungguhnya para malaikat menguncupkan sayap-sayapnya kepada orang yang menuntut ilmu kerana meredhai apa yang dibuatnya, dan sesungguhnya seseorang yang mengajarkan kebaikan akan dimohon ampun oleh makhluk yang ada di langit mahupun di bumi hingga ikan yang berada didalam air.Sesungguhnya para nabi tidak mewariskan dinar (wang) tidak juga dirham, yang mereka wariskan hanyalah ilmu, dan barangsiapa yang menuntut ilmu itu. maka sesungguhnya dia telah mendapat bahgian yang paling banyak"

(hadis sahih, diriwayatkan oleh Ahmad, Abu Dawud, Attarmizi, Ibnu Majjah dan Ibnu Hibban)

Alhamdulillah syukur tidak terhingga kerana ana telah diperkenalkan dengan seorang sahabat dengan laman web Al-muttaqin TV ni.. mungkin ramai sahabat-sahabat yang dah tahu dan ana yang terlambat tahu tentang kewujudan laman web ni..

tetapi bagi yang belum tahu jom kita selalu-selalu mengisi diri kita dengan pengisian-pengisian, ceramah-ceramah dalam web ni.. ada banyak kuliah dan ceramah dlm lmn web ni yang diberi oleh penceramah2 dan ulama'-ulama' yang hebat2 belaka.. Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki, Al-Fadhil Ustaz Syauqi bin Ibrahim, Al-Fadhil Ustaz Firdaus bin Hat dan banyak lagi.. pengisian dia pula berkaitan fiqh, sirah, tafsir, hadith, haraki dan lain-lain.. sahabat-sahabat tengokla sendiri..
http://www.mymkkk.tv/

ana ada link kan laman web tu dalam blog ni---> kembara ilmu----> Al-muttaqin tv

::ilmu itu cahaya::