Saturday, May 30, 2009

ruh & ilmu

Ilmu tanpa amal sia-sia dan beramal tanpa ilmu kita akan sesat. Kekuatan ruh berkait rapat dengan akal, ilmu, amalan, akhlak serta gaya hidup setiap individu muslim. Kekuatan ruh akan menjana seorang individu muslim bila digandingkan dengan ilmu yang mantap.

Ilmu tanpa amal…. adalah perkara yang sering kita lihat berlaku di sekeliling kita, dan mungkin termasuk diri kita. Akhirnya segala ilmu yang ada dalam dada mungkin akan berlalu bagai angin lalu kerana tidak di amalkan. Sesungguhnya memang suatu mujahadah yang besar bagi semua individu termasuk diri yang hina ini untuk mengamalkan segala ilmu yang kita ada. Jadi, bagaimana?

Kekuatan ruh berkaitan dengan pengamalan ilmu dalam diri. Dalam kita memutuskan untuk melakukan setiap perkara dalam hidup walhal dalam perkara yang kecil sekalipun, akan berlaku proses pertimbangan yang mana akan melibatkan ruh, akal, hati, dan nafsu. Individu yang ruhiahnya kuat, dirinya akan mendahulukan ilmu (akal) manakala individu yang ruhiahnya lemah akan mendahulukan nafsu dalam memutuskan setiap perkara yang ingin dilakukannya.

Sebagai contoh: Antara membaca buku ilmiah dan tidur. Apabila ruhiah kita kuat kita akan mengikut tafsiran akal berdasarkan ilmu bahawa membaca buku itu perkara yang baik dan disukai Allah, maka kita akan membaca buku. Sebaliknya dalam keadaan ruhiah kita lemah, mungkin kita akan lupa apa yang kita tahu tentang kelebihan berbaca buku atau kita tidak lupa tetapi buat-buat tidak tahu lantasan nafsu yang lebih menguasai diri berbanding ruh, maka kita akan tidur. Wallahua’lam..

Sesungguhnya diri yang berkata-kata ini akan diuji terlebih dahulu.. berikanlah kekuatan kepadaku ya Allah..

Mari kita perbanyakkan makanan bagi ruh kita.. subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar..

4 comments:

MJ (madam j) said...

nak bagi ruh saya makan apa yer? nak kuat dan cerdas selalu..asyik malas jer..sedih..

Syifa' Ismail said...

ana memberi peringatan pada diri sendiri :
bagilah makanan ruh kita dengan bentuk amalan keruhanian seperti zikir, solat sunat, baca alquran, qiamullail dsbganya.. cuba kita renung kembali dalam kehidupan seharian kita, berapa banyak masa yang kita peruntukan masa untuk makanan ruh kita berbanding makanan nafsu.. berapa banyak masa yang kita beri untuk tidur, makan yang mana merupakan makanan ruh berbanding amalan keruhanian.. tu yang nafsu makin kuat tu.. rasa selalu malas je..

treasurer said...

salam..
cuma nk dptkn pendapat,
antra org yg suka menuntut ilmu,smpai kurg masa utk mengamal ilmu yg dia ada dgn org yg kurg menuntut ilmu tp dia berusaha utk mengamal ilmu yg dia ada...
siapa yg terbaik?klu ada Hadis nabi,harap dpt kongsi dgn shbt2..wallahu'alam

Syifa' Ismail said...

salam.. buat adik muaz, mana lebih baik tu mgkin blh tanya pd yg lebih arif.
pd pendapat akak lebih baik kita cuba lakukan keduanya. kita brusaha mencari ilmu sebanyak yg boleh dan mengamalkan serta menyampaikannya.. sbb ilmu tu kn salah satu amanah Allah pada kita.. Allah suruh kita menuntut ilmu dan mengamalkannya..
Firman Allah dalam surah Al-Mujadalah ayat 11 ,maksudnya;
"Allah mengangkat darjat orang-orang yang beriman dikalangan kamu dan juga yang menuntut ilmu, dan Sesungguhnya Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan."

ada satu hadis nabi pula yang mana maksudnya :
" tidak henti-hentinya kedua kaki manusia itu nanti berdiri pada hari qiamat di hadapan hadirat Tuhannya, sehingga ia akan ditanyakan empat soalan:
-umurnya, untuk apa dihabiskan?
-masa mudanya, untuk apa digunakan?
-hartanya, dari mana diperoleh dan untuk apa dibelanjakan
-amalannya- amalan apakah yang telah dilakukan sesuai dengan apa yang telah diketahui.

maksudnya, kita dituntut menuntut ilmu.. bila dapat ilmu, kita perlu berusaha untuk beramal..

dan satu lagi Allah kn berfirman dalam surah Al-Baqarah- 286, yang mana maksudnya : Allah xkan membebani hambanya dengan sesuatu yang kita x mampu.

Allah beri kita segala imu tu pasti kita mampu mengamalkannya..

mari kita sama-sama mujahadah untuk mengamalkan segala ilmu yang kita ada.